Monday, January 17, 2011

Hangat-hangat taik ayam punye blogger

Setelah beberapa bulan senyap dr dunia blogging, saya kembali lagi tp tak tau untuk berapa lama lagi..huhu..saya menceburi dunia blogging pun atas saranan kawan baik saya MOmmy Lyna. But then after quite a while saya rase blogging is just not my thing. Sometime we cannot deny the fact that we r not so much into this.
Tp sesekali saya teringin jugak menulis n meluahkan perasaan since this is like my personal journal.

Antara sebab saya tidak berapa rajin blogging ialah kerana saya tiada kemudahan wifi mahupon broadband. Saya blogging pun kadang2 sebab bosan tunggu student buat labwork. Itu jer. Saya masih berkira2 untuk pasang wifi di rumah tetapi terdapat byk perkara yg perlu saya pertimbangkan dan antara yang paling mengganggu ialah kerana sy masih dalam usaha untuk pindah ke kelantan. Broadband mmg sy tak pernah consider sebab alang2 nak ada akses internet, baik saya amik wifi jer apekala suami sy jenis kaki download.

Yang kedua adalah kerana sy ingin berjimat! Mungkin ada orang rase sy terlalu berkira atau kedekut. Tak yer. Bagi yg kenal saya personally diorg tau how good i am at enjoying my life. Tp bagi sy as long as we can cut few expenses, then why not we do that.

Saya ada menonton Oprah baru2 ni berkenaan penjimatan kos sara hidup n i was so suprise on how good they are at this. Tp x tau ler kt malaysia bole pakai tak. But still, i wanna share those tips with u guys,antaranya :

i) bezakan keperluan dan kemahuan-typical
ii) kalu nak makan di luar, search internet, cari restoran mana yg berdekatan anda yg ada promotion like kids eat for free, or buy 1 set free 1 set (Kenny Rogers ade buat nih tp jarang2 sgt)
iii) collect as many coupons as u can so u can cut your groceries expenses, kalu kt US, kupon2 boleh print kt internet jer..kite harap kupon tesco jerlah....
iv) xpayah tgk wayang, xpayah beli dvd, pinjam jer kt library (kita buku jerlah pinjam kt library, dvd mane ade kan)
v) masak n makan di rumah

Ini adalah serba sedikit yg sy boleh share dgn anda semua, untuk sy, kalau sya bole cut RM110/month untuk kos wifi sy n duit tu sy simpan sbg education fund untuk anak sy, mgkin by the time dia masuk u, dia tak payah dah ambik PTPTN. Seperti yg sy buat sekarang, sy tidak memasang Astro di rumah w'pon ramai org berbuat begitu, tetapi duit RM 50/month tu sy masukkan ke Tabung Haji sbg dana haji sy. Bukankah sikit tetapi intiqamah itu adalah perkara yg disukai Allah? Dan masa dirumah boleh saya tumpukan sepenuhnya kepada suami dan anak. Tp bagi yg tak boleh hidup tanpa internet, ok jer..anda boleh cut benda lain lak n top up balik sbg simpanan anda.