Saturday, September 29, 2012

Nursing Pillow @Boppy Pillow

here's our latest product from Falah Global Enterprise, FGE's Baby Stuff.. and the rest..let the pictures do the talking..

ni bahagian dalam bantal
ni back view selepas bantal dimasukkan dalam sarung

ni front view

 ni sarung corak lain pulasebelum dimasukkan bantal

ni model yg x reti duk diam

ni lah pilihan bantal yg ada, sila bandingkan dengan bantal yg s bentuk u yg org letak kt leher ni..mmg beza sgt saiz dia..berbaloi2... hanya RM45 + RM 5 fos postage.boleh request utk corak dan warna mengikut pilihan anda... boleh add saya juga di facebook : akhtarnasuha@yahoo.com

Resepi Kebab Ayam Cara Sihat

Tahun ini usia saya sudah mencecah 30 tahun. Dengan dua org anak, dengan segala bebanan kerja di rumah dan di pejabat, saya suda mulai merasa kesannya pada badan. Apatah lagi, dulu masa berpantang pon tak berapa nak ikot pesan org tua, sekarang padan ler muka saya. Urat2 dah mula sakit, belakang dah mula sakit, dan yg paling penting tumit ler yg selalu sakit bila berdiri lama. Almaklumlah, berat badan dh makin naik, kita masak sendiri, selera sendiri,makan pun banyak, tahap metabolisma pun dh makin rendah, exercise tak sempat pula. Setakat exercise cuci baju, mop rumah, kemas rumah, jaga anak, mmg tak memberi kesan. Hobi pulak memasak...tp skrg saya sudah sedar, saya akan kongsikan resepi2 sihat dgn anda semua..nantikan entry2 sy, jgn terkejut saya boleh buat healthy cheese cake, ais cream cake dan macam2 lagi. Untuk hari ni, kita buat dulu kebab ayam ni.

Bahan : (potong dadu)
  1.  1 biji bawang besar
  2. satu bahgian dada ayam yang siap dibuang kulit dan lemak
  3. capsicum (lada benggala-saya suka yg hijau)
  4. sebiji tomato
  5. cendawan (jika mahu)
Cara-caranya :

  1. tumiskan minyak (sedikit shj, kalu guna minyak zaitun lagi bagus)
  2. masukkan bawang , tumis hingga naik bau
  3. masukkan ayam, kacau hingga masak
  4. masukkan sedikit garam
  5. masukkan capsicum dan tomato dan cendawan, masak sekejap jer
  6. siap!!
selepas itu bolehlah dihidang bersama hirisan timun jepun yg ragup dalam roti kebab yg dibakar panas.

 Sebelum makan kebab yg sedap tuh saya minum dulu, Shaklee Vanila Shake Mix, senang jer buat, ambil dua scoop, tambah dgn air biasa jer, n shake sampai sebati..saya sejukkan jap dlm peti ais, tp x letak ais lansung, sedappp...hasilnya saya cuma makan sepotong jer kebab tuh..yg lagi 3 suami saya yg habiskan..hehe..

Selain mengenyangkan, ia juga melawaskan sistem pencernaan, sy dh tiada masalah sembelit dah...

Thursday, September 27, 2012

Resepi Puding Roti Bakar Berkuah Kastard

Pot luck kt ofis ari tuh saya ada bawak puding roti ni, ramai lak yg tanya resepi, x nak ulang2 susah, korg print jer dr sini, senang memandangkan resepi dia super duper senang.

Bahan puding roti :

1 paket roti saiz besar (saya guna mossimo full grain)
susu pekat manis 5 sudu besar dicampur dgn 2 cawan air dan secubit garam
kismis dan gula perang  *untuk taburkan
2 bili telur

Bahan castard gravy:

1 tin susu sejat
setengah tin air
3 sudu besar tepung castard
gula secukup rasa (susah nak agak sebab sy selalu rase sebab xnak manis, ckup sekdar rasa lemak, bergantung kepada selera anda)


Cara-caranya :


  1. sapukan roti dgn buttercup
  2. potong2 ikut suka
  3. masukkan dlm caserol
  4. masukkan susu pekat yg siap dibancuh tekan semua sampai basah semua roti
  5. taburkan kismis secara sekata dan tekan (kismis perlu basah utk elakkannya jd terlalu kering semasa proses membakar
  6. pecahkan telur dan siram di bahagian  atas (hasilnya akan cantik berkilat)
  7. taburkan sedikt gula perang
*bakar pada suhu 200'c selama 40minit
(jika anda guna caserol mcm sy ni pastikan letak air dlm dulang pembakar)



sementara menunggu puding di dalam oven, masaklah bahan castard gravy dgn api kecil dan keep stirring yer sampai masak dan pekat, sambil2 tuh boleh rase manis dia, boleh tambah sesudu buttercup dlm ni untuk lebih sedap. adunan ini kan jadi agak banyak. jiak tak habis terus simpan dalam freezer, bekukan ia. next time boleh buat puding roti jer. gravy dia just panaskan balik.sgt ok. sikit pon x terjejas.

hasilnya...

puding roti berkuah kastard







Resepi Kek Red Velvet

Disebabkan ramai pulak yang mintak resepi ni lepas saya hidangkan kek red velvet ni masa open house raya haritu, maka untuk senangkan kawan2 semua, inilah dia cara buat kek red velvet ni yg telah saya olah daripada resepi asal intanberlian87.blogspot.com . resepi asal daripada cik intan kita adalah untuk adunan 750gram punya kek lebih kurang. untuk adunan saya pula saya modified sket untuk 1.5kg punya kek dan saya kurangkan lagi kuantiti gula untuk elakkan rasa manis dan muak.

Bahan A (ayak)

5 cup tepung
1 sudu teh garam
4 sudu besar koko

Bahan B (perap selama 15 minit)

480ml full cream milk (selalu saya guna dutch lady kotak)
2 sudu besar perahan lemon *seeloknya perap siap2 susu n lemon n baru sediakan bahan2 lain
sebelum masukkan bahan B dalam adunan, sila campurkan dgn 4 sudu besar pewarna merah

Bahan C (pukul sampai kembang ikut turutan)

1 cup/226g/ 1ketul unsalted butter
3 setengah cawan gula..dimasukkan sedikit demi sedikit lepas butter dipukul sehingga kembang
2 sudu teh esen vanila
4 biji telur (masukkan 1 persatu), jgn pukul dah, sekadar kacau hingga sebati

Bahan D (campurkan)

2 sudu teh cuka
2 sudu teh baking soda

Cara-caranya ialah :

Selesaikan bahan C terlebih dahulu, kemudian masukkan bahan A dan B secara berselang seli sehingga habis adunan. tak perlu pukul, sekadar kacau hingga sebati sehingga habis semua bahan. dah siap masukkan bahan D. Cuka dan soda dicampurkan dan cepat2 masuk ketika dia masih berbuih. kacau sebati. Siap. Bkar dalam avon pada suhu 175'c selama 1jam bergantung kepada saiz oven. boleh cucuk dgn lidi untuk tgk kek dah masak ke belum.

dah masak, sejukkan dan simpan dlm peti ais dan tutup dgn clingwrap selama at least 4 jam. keluarkan dan ambil pisau panjang belah kepada 2 bahagian.

Resepi untuk frosting

500g cream cheese (pukul dgn mixer sampai kembang dan kental)
60g buttercup
2 sudu besar perahan lemon@lime
2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu segar
200g gula icing, kalu suka masam sket boleh tambah lagi lemon..

pukul semua bahan ni sampai adunan kental

P/s : pastikan semua bahan pada suhu bilik yer..

lepas kek di potong, sapukan frosting dia mcm ni..

dan hasilnya..

 SELAMAT MENCUBA....




Friday, September 21, 2012

Printed Labels- untuk tempahan

Printed label mengikut wikipedia adalah a piece of paper, polymer, cloth, metal, or other material affixed to a container or article, on which is printed a legend, information concerning the product, addresses, etc. A label may also be printed directly on the container or article.

Labels have many uses: product identification, name tags, advertising, warnings, and other communication. Special types of labels called digital labels (printed through a digital printing) can also have special constructions such as RFID tags, security printing, and sandwich process labels.

haa...senang betul, copy paste jer, thank to en. wikipedia yer..untuk saya pula kami hanya menyediakan printed labels in a piece of cloth, itu adalah material kami, fabriknya adlah terdiri dari satin ribbon n rough ribbon. but it is subject to availability ler. kalu bahan yg anda mahukan tidak ada , kami akan adakan cuma akan mengambil sedikit masa. kalu bahan yg sedia ada, kamu boleh siapkan order anda dlm masa 1 hari shj, kalu byk sgt mgkin 3 hari. kesimpulannya anda tetap mendapat order dnda dlm mase 7 hari berkerja( maksimum) dan 3 hari bekerja (minimum).

jadi bagi tailor2, pemilik2 butik bolehlah membuat order anda spt di bawah :

Size 10mm wide :
-100pcs = RM 40
-200pcs = RM 75


Size 15mm wide :
-100pcs = RM 45
-200pcs = RM 85


size 20mm wide :
-100pcs = RM 50
-200pcs = RM 95


Delivery is free for every order of printed label. untuk printed labels berlogo, charge RM 10 ringgit untuk design label akan dikenakan. jika anda emailkan design sendiri, tiada charge akan dikenakan.

Cara Buat Blog Untuk Beginner

Assalamualikum.. bertahun sudah juganya berlalu..tibe2 muncul dgn post cara buat blog la pulak... sebenarnya cara buat blog tidak perlu saya terangkan lagi..budak2 sekolah rendah pon kebanyakkannya lagi terer dr mak2 budak yg kononnya dr golongan profesional ni. Tp itu secara teknikal sahaja.

 Kalau rajin n banyak masa nak habiskan utntuk explore segala tools yang ada mmg boleh buat blog yg cantik dan nampak hebat. itu dr segi penampilan luaran jer lah, tp dr segi pengisiannnya, bukan semua orang mampu menghasilkan blog yg baik dan dapat menarik perhatian pembaca. Saya sendiri contohnya, buat blog untuk suka2 di samping mencuba nasib manalah tahu berjaya jadi blogger yg terkenal. Mimpi jer semua tuh. Sudahnya setelah mencube selama beberapa bulan, saya terus berhenti. kerana sya merasakan blog saya tidak berapa menarik, pengisiannya kurang dan tidak memberi manfaat diri sendiri dan orang lain.

 jadi lebih baik saya berhenti. kerja lain pun byk. di ofis dan di rumah, 24 jam bagaikan tidak cukup buat saya. tp seperti kata org, masa akan mematangkan kita, kehadiran anak banyak mengajar saya untuk jd lebih berdisiplin dlm hidup. maka saya keluar dr 'comfort zone' saya. saya tahu saya perlu lakukan lebih dr sekadar bekerja makan gaji untuk menyediakan yg terbaik buat anak2. Aim saya ada dua, by the time saya dan suami ingin mengerjakan haji, saya berharap mempunyai cukup simpanan untuk bawa dua anak kami bersama. yang ke dua, saya berharap jika anak saya masuk u nanti, kami tidak akan memerlukan ptptn sebagai sumber bantuan kewangan kami.

 Dengan itulah saya bersemangat untuk kembali blogging di samping mempromosikan produk2 keluaran syarikat saya dan suami. saya juga akan membuat beberapa renovation ke atas layout blog ini. After all, life is all about upgrading.....

Nak dapatkan personal coaching cara buat blog yang bagus, sertai saya di :
logo Shaklee