Monday, July 6, 2015

Resepi mac and cheese yang sedap dan mudah

ramai yang tanya mcm mana nak buat mac and cheese yang mudah dan murah tetapi sedap hingga menjilat jari.. ni sy share untuk kawan2 yer.. ni antara bahan2 dia yer..

 yg tepi ikat getah tuh jalapena cheese poweder..kedai bakery ada ni.. yg dalam botol tu cream of mushroom soup..ni paket dia..




tumiskan bawang besar yang dipotong dadu bersama italian mixed herbs dan black paper yg ditumbuk kasar.. i love the texture..masukkan isi ayam yang juga dipotong dadu



then, dua sudu besar serbuk cream of mushroom sup di campur secawan air biasa di gaul sebati dlm mangkuk (jgn guna air panas, tepung akan berketul2 nanti).. masukkan dalam tumisan tadi..kacau..jadilah roux..iaitu tepung yg dipekatkan..

lepas tu boleh la masukkan susu dalam setengah liter dan air setengah liter..teruskan gaul supaya tak berketul...

kemudian dalam mangkuk yang lain..gaul sebati dua tiga sudu besar jalapeno cheese powder dgn air panas..yg ni mmg kena guna air panas dlm dua cawan...lepas tuh masukkan dalam kuali..kaua semua hingga sebati dan pekat..letak secubit garam..xpayah byk sbb cheese semua tuh dh ckup perasa dia..


lepas tuh dh sebati boleh ler masukkan macaroni dan parut mozarela or parmesan mengikut citarasa..

hasilnya..

voilla!! mmg sedap..pekat melekat..nampak dia punye creamy tuh.. mmg guilty pleasure ni..pas makan kau termenung kenangkan diet yg ke laut..

jangan lupa detox dgn herb-lax dr shaklee tau!!

huhuuu.....


Promosi Shaklee Julai



promo julai

Wednesday, July 1, 2015

CARA MEMULAKAN KEBUN DAPUR ANDA DENGAN CARA PALING MUDAH

Assalamualikum dan salam ramadhan Kareem buat semua. sekian lama menypi dari dunia blogging..hari ni saya nak share ttg minat lama saya.. tapi baru2 ni makin berkembang mintanya kerana terjebak dengan  group2 berkebun yang muncul mcm cendawan tumbuh selepas hujan di Facebook ke belakangan ini.

atas permintaan kawan2 juga..suka saya nk share tips memulakan kebun dapur dgn tiga bahan paling mudah yg boleh anda buat ditepi sinki atau ditepi pintu dapur. pudina, kunyit dan kesum adalah tiga bahan dapur yg paling mudah ditanam jika betul caranya..malah anda hanya beli untuk kegunaan..dan selebihnya atanam untuk biarkannya membiak..medium untuk menanam juga hampir sama.

PUDINA, KESUM DAN KUNYIT

 TANAH

1 bahagian tanah bakar
1 bahagian cocopeat
boleh campur dengan kulit telur yg dijemur panas dan hancurkan untuk melonggarkan tanah dan dijadikan baja

beli seikat kesum. dan pudina.
1. rendam kesum dalam air utk 3 hari smpi keluar akar halus.. boleh tanam dalam pasu..
2. kesum yg nk guna tu boleh guna jer..tinggalkan pucuk..pucuk tu boleh cucuk terus dlm campuran tanah dan padatkan..x perlu rendam..senang..

boleh pilih mana2 yg kita suka..

beli sedikit kunyit..
1. basahkan kunyit..balut dlm surat khabar yg basah juga..n masukkan dlm plastik biasa..x perlu seal plastik tuh..tutup biasa jer bagi berkuap..
2. dh tumbuh tunas...tanam la dlm tanah





haaaa...ni hasil dia,,mmg senang sgt..biak jer dr lebihan bahan yg kita masukkan dalam masakan..


penat2 duk mencangkung n berbongkok tuh... boleh ler telan ostematix sebelum tido..bagus untuk tulang..bagus untuk kesihatan..selamat berkebun...