Tuesday, July 27, 2010

PENCERAIAN-PILIHAN ATAU KETERPAKSAAN?

Saya terpanggil utk menulis entry ini bukanlah kerana saje mencari tajuk panas utk menarik trafik, tetapi cuma ingin berkongsi cerita dan rasa.

hari ini, 15nisfu Syaaban, genaplah dua tahun saya melangkah ke alam rumahtangga..mase nak kawen dulu mcm2 pikir,betul ke pilihan aku? dah sedia ke? ckup ke duit nanti? tp bila selalu sgt dengar org cakap pahala solat org kawen adalah 27x ganda drpd org bujang, sy yakin, saya membuat keputusan yg betul. sy ingin berkahwin kerana ingin mendapat keberkatan dlm hidup, inginkan zuriat dr perkahwinan yg sah dan suci,ingin mengikut sunnah nabi dan juga sebab sy suka sgt masak..kalu xder anak n suami, saper nak makan sy masak kan...hehe....

kemudian sy mula sedar kenapa 27x ganda pahala solat...rupanya perkahwinan adalah penuh dgn ranjau duri,melihat beberapa perkahwinan kawan2 dan sedara2 n kawan atas kawan di sekeliling yg telah berkecai dilanda pelbagai dugaan...mmg sgt menakutkan..kadang2 terpk, skrg sy menyambut 2nd anniversary, adkah anniversary lain akan datang? panjang kah umur kami? panjangkah jodoh?

saya pernah ada kawan yg suaminya meninggal pd usia 27thn, mereka ada 2 anak lelaki, n lebih menyedihkan, dia mengandung 2 bln semasa arwah pergi,dan anak itu adalah anak perempuan yg diidam2kan arwah....entahlah...itu yg bercerai mati, yg bercerai hidup pulak ada lg mcm2 cerita...

tp, dalam mejalani hidup, kita perlu byk bersabar n redha menerima segala ketentuan, sesungguhnya syurga Allah itu tidak dtg dgn percuma. ada harga yg perlu dibayar....dan juga jgn sesekali menghakimi org lain, krn kita tidak tahu apa sebenarnya yg terjadi...sometimes things are wayyyy complicated than what we think..
jd jika terdengar apa2, ucapkanlah nauzubillahiminzalik...
semoga kita semua berbahgia n boleh sambut anniversary selagi kita bernafas...

No comments:

Post a Comment