Assalamualikum..
bertahun sudah juganya berlalu..tibe2 muncul dgn post cara buat blog la pulak... sebenarnya cara buat blog tidak perlu saya terangkan lagi..budak2 sekolah rendah pon kebanyakkannya lagi terer dr mak2 budak yg kononnya dr golongan profesional ni. Tp itu secara teknikal sahaja.
Kalau rajin n banyak masa nak habiskan utntuk explore segala tools yang ada mmg boleh buat blog yg cantik dan nampak hebat.
itu dr segi penampilan luaran jer lah, tp dr segi pengisiannnya, bukan semua orang mampu menghasilkan blog yg baik dan dapat menarik perhatian pembaca. Saya sendiri contohnya, buat blog untuk suka2 di samping mencuba nasib manalah tahu berjaya jadi blogger yg terkenal. Mimpi jer semua tuh. Sudahnya setelah mencube selama beberapa bulan, saya terus berhenti. kerana sya merasakan blog saya tidak berapa menarik, pengisiannya kurang dan tidak memberi manfaat diri sendiri dan orang lain.
jadi lebih baik saya berhenti. kerja lain pun byk. di ofis dan di rumah, 24 jam bagaikan tidak cukup buat saya.
tp seperti kata org, masa akan mematangkan kita, kehadiran anak banyak mengajar saya untuk jd lebih berdisiplin dlm hidup. maka saya keluar dr 'comfort zone' saya. saya tahu saya perlu lakukan lebih dr sekadar bekerja makan gaji untuk menyediakan yg terbaik buat anak2. Aim saya ada dua, by the time saya dan suami ingin mengerjakan haji, saya berharap mempunyai cukup simpanan untuk bawa dua anak kami bersama. yang ke dua, saya berharap jika anak saya masuk u nanti, kami tidak akan memerlukan ptptn sebagai sumber bantuan kewangan kami.
Dengan itulah saya bersemangat untuk kembali blogging di samping mempromosikan produk2 keluaran syarikat saya dan suami. saya juga akan membuat beberapa renovation ke atas layout blog ini. After all, life is all about upgrading.....
Nak dapatkan personal coaching cara buat blog yang bagus, sertai saya di :
No comments:
Post a Comment