Monday, July 6, 2015

Resepi mac and cheese yang sedap dan mudah

ramai yang tanya mcm mana nak buat mac and cheese yang mudah dan murah tetapi sedap hingga menjilat jari.. ni sy share untuk kawan2 yer.. ni antara bahan2 dia yer..

 yg tepi ikat getah tuh jalapena cheese poweder..kedai bakery ada ni.. yg dalam botol tu cream of mushroom soup..ni paket dia..




tumiskan bawang besar yang dipotong dadu bersama italian mixed herbs dan black paper yg ditumbuk kasar.. i love the texture..masukkan isi ayam yang juga dipotong dadu



then, dua sudu besar serbuk cream of mushroom sup di campur secawan air biasa di gaul sebati dlm mangkuk (jgn guna air panas, tepung akan berketul2 nanti).. masukkan dalam tumisan tadi..kacau..jadilah roux..iaitu tepung yg dipekatkan..

lepas tu boleh la masukkan susu dalam setengah liter dan air setengah liter..teruskan gaul supaya tak berketul...

kemudian dalam mangkuk yang lain..gaul sebati dua tiga sudu besar jalapeno cheese powder dgn air panas..yg ni mmg kena guna air panas dlm dua cawan...lepas tuh masukkan dalam kuali..kaua semua hingga sebati dan pekat..letak secubit garam..xpayah byk sbb cheese semua tuh dh ckup perasa dia..


lepas tuh dh sebati boleh ler masukkan macaroni dan parut mozarela or parmesan mengikut citarasa..

hasilnya..

voilla!! mmg sedap..pekat melekat..nampak dia punye creamy tuh.. mmg guilty pleasure ni..pas makan kau termenung kenangkan diet yg ke laut..

jangan lupa detox dgn herb-lax dr shaklee tau!!

huhuuu.....


1 comment:

  1. Creamy2 ni memang sedap, terliur semua ada. Kolestrol pun tinggi jugakan? Ada apa2 yg boleh diambil selain herblax?

    ReplyDelete