Saturday, September 29, 2012

Resepi Kebab Ayam Cara Sihat

Tahun ini usia saya sudah mencecah 30 tahun. Dengan dua org anak, dengan segala bebanan kerja di rumah dan di pejabat, saya suda mulai merasa kesannya pada badan. Apatah lagi, dulu masa berpantang pon tak berapa nak ikot pesan org tua, sekarang padan ler muka saya. Urat2 dah mula sakit, belakang dah mula sakit, dan yg paling penting tumit ler yg selalu sakit bila berdiri lama. Almaklumlah, berat badan dh makin naik, kita masak sendiri, selera sendiri,makan pun banyak, tahap metabolisma pun dh makin rendah, exercise tak sempat pula. Setakat exercise cuci baju, mop rumah, kemas rumah, jaga anak, mmg tak memberi kesan. Hobi pulak memasak...tp skrg saya sudah sedar, saya akan kongsikan resepi2 sihat dgn anda semua..nantikan entry2 sy, jgn terkejut saya boleh buat healthy cheese cake, ais cream cake dan macam2 lagi. Untuk hari ni, kita buat dulu kebab ayam ni.

Bahan : (potong dadu)
  1.  1 biji bawang besar
  2. satu bahgian dada ayam yang siap dibuang kulit dan lemak
  3. capsicum (lada benggala-saya suka yg hijau)
  4. sebiji tomato
  5. cendawan (jika mahu)
Cara-caranya :

  1. tumiskan minyak (sedikit shj, kalu guna minyak zaitun lagi bagus)
  2. masukkan bawang , tumis hingga naik bau
  3. masukkan ayam, kacau hingga masak
  4. masukkan sedikit garam
  5. masukkan capsicum dan tomato dan cendawan, masak sekejap jer
  6. siap!!
selepas itu bolehlah dihidang bersama hirisan timun jepun yg ragup dalam roti kebab yg dibakar panas.

 Sebelum makan kebab yg sedap tuh saya minum dulu, Shaklee Vanila Shake Mix, senang jer buat, ambil dua scoop, tambah dgn air biasa jer, n shake sampai sebati..saya sejukkan jap dlm peti ais, tp x letak ais lansung, sedappp...hasilnya saya cuma makan sepotong jer kebab tuh..yg lagi 3 suami saya yg habiskan..hehe..

Selain mengenyangkan, ia juga melawaskan sistem pencernaan, sy dh tiada masalah sembelit dah...

No comments:

Post a Comment