Thursday, September 27, 2012

Resepi Puding Roti Bakar Berkuah Kastard

Pot luck kt ofis ari tuh saya ada bawak puding roti ni, ramai lak yg tanya resepi, x nak ulang2 susah, korg print jer dr sini, senang memandangkan resepi dia super duper senang.

Bahan puding roti :

1 paket roti saiz besar (saya guna mossimo full grain)
susu pekat manis 5 sudu besar dicampur dgn 2 cawan air dan secubit garam
kismis dan gula perang  *untuk taburkan
2 bili telur

Bahan castard gravy:

1 tin susu sejat
setengah tin air
3 sudu besar tepung castard
gula secukup rasa (susah nak agak sebab sy selalu rase sebab xnak manis, ckup sekdar rasa lemak, bergantung kepada selera anda)


Cara-caranya :


  1. sapukan roti dgn buttercup
  2. potong2 ikut suka
  3. masukkan dlm caserol
  4. masukkan susu pekat yg siap dibancuh tekan semua sampai basah semua roti
  5. taburkan kismis secara sekata dan tekan (kismis perlu basah utk elakkannya jd terlalu kering semasa proses membakar
  6. pecahkan telur dan siram di bahagian  atas (hasilnya akan cantik berkilat)
  7. taburkan sedikt gula perang
*bakar pada suhu 200'c selama 40minit
(jika anda guna caserol mcm sy ni pastikan letak air dlm dulang pembakar)



sementara menunggu puding di dalam oven, masaklah bahan castard gravy dgn api kecil dan keep stirring yer sampai masak dan pekat, sambil2 tuh boleh rase manis dia, boleh tambah sesudu buttercup dlm ni untuk lebih sedap. adunan ini kan jadi agak banyak. jiak tak habis terus simpan dalam freezer, bekukan ia. next time boleh buat puding roti jer. gravy dia just panaskan balik.sgt ok. sikit pon x terjejas.

hasilnya...

puding roti berkuah kastard







No comments:

Post a Comment