Thursday, September 27, 2012

Resepi Kek Red Velvet

Disebabkan ramai pulak yang mintak resepi ni lepas saya hidangkan kek red velvet ni masa open house raya haritu, maka untuk senangkan kawan2 semua, inilah dia cara buat kek red velvet ni yg telah saya olah daripada resepi asal intanberlian87.blogspot.com . resepi asal daripada cik intan kita adalah untuk adunan 750gram punya kek lebih kurang. untuk adunan saya pula saya modified sket untuk 1.5kg punya kek dan saya kurangkan lagi kuantiti gula untuk elakkan rasa manis dan muak.

Bahan A (ayak)

5 cup tepung
1 sudu teh garam
4 sudu besar koko

Bahan B (perap selama 15 minit)

480ml full cream milk (selalu saya guna dutch lady kotak)
2 sudu besar perahan lemon *seeloknya perap siap2 susu n lemon n baru sediakan bahan2 lain
sebelum masukkan bahan B dalam adunan, sila campurkan dgn 4 sudu besar pewarna merah

Bahan C (pukul sampai kembang ikut turutan)

1 cup/226g/ 1ketul unsalted butter
3 setengah cawan gula..dimasukkan sedikit demi sedikit lepas butter dipukul sehingga kembang
2 sudu teh esen vanila
4 biji telur (masukkan 1 persatu), jgn pukul dah, sekadar kacau hingga sebati

Bahan D (campurkan)

2 sudu teh cuka
2 sudu teh baking soda

Cara-caranya ialah :

Selesaikan bahan C terlebih dahulu, kemudian masukkan bahan A dan B secara berselang seli sehingga habis adunan. tak perlu pukul, sekadar kacau hingga sebati sehingga habis semua bahan. dah siap masukkan bahan D. Cuka dan soda dicampurkan dan cepat2 masuk ketika dia masih berbuih. kacau sebati. Siap. Bkar dalam avon pada suhu 175'c selama 1jam bergantung kepada saiz oven. boleh cucuk dgn lidi untuk tgk kek dah masak ke belum.

dah masak, sejukkan dan simpan dlm peti ais dan tutup dgn clingwrap selama at least 4 jam. keluarkan dan ambil pisau panjang belah kepada 2 bahagian.

Resepi untuk frosting

500g cream cheese (pukul dgn mixer sampai kembang dan kental)
60g buttercup
2 sudu besar perahan lemon@lime
2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu segar
200g gula icing, kalu suka masam sket boleh tambah lagi lemon..

pukul semua bahan ni sampai adunan kental

P/s : pastikan semua bahan pada suhu bilik yer..

lepas kek di potong, sapukan frosting dia mcm ni..

dan hasilnya..

 SELAMAT MENCUBA....




No comments:

Post a Comment